Thursday, January 28, 2010

MESYUARAT BLOK J


PERHATIAN ..!!
KEPADA SEMUA WARGA BLOK J, PENGERUSI BLOK J AKAN MENGADAKAN SATU MESYUARAT MENGENAI SUKAN, SILA RUJUK PADA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN DI BAWAH :

TARIKH : 28 JANUARI 2010
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : BILIK TV BLOK J
KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI..
DIHARAP SEMUA WARGA BLOK J DAPAT HADIR KE MESYUARAT INI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Arahan.
Pengerusi Blok J,
HUSNA FARHANA

Tuesday, January 26, 2010

MEETING BLOK F



PERHATIAN KEPADA WARGA BLOK F


SATU PERJUMPAAN BERSAMA FELO BLOK F AKAN DIADAKAN PADA WAKTU BERKENAAN :
TARIKH : 26 JANUARI 2010 (SELASA)
MASA : 10 MALAM
TEMPAT : BILIK TV BLOK F
AGENDA MALAM INI ADALAH BERKENAAN PEMILIHAN PEMAIN UNTUK SUKAN UNIPUTRA YANG AKAN BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI.
KEHADIRAN WARGA BLOK F, AMAT DIHARGAI.
SEKIAN TERIMA KASIAH

Arahan,

NURUL SHUHADA BINTI ROZI
Pengerusi Blok F

Monday, January 25, 2010

PERINGATAN..!!

PERHATIAN KEPADA PENGERUSI BLOK




PENGERUSI BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


TELAH MENYERAHKAN BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI MAKMAL KOMPUTER DI KSR, DIHARAP KERJASAMA DARI PENGERUSI BLOK DAN AHLI-AHLI BLOK UNTUK MENGISI BORANG SOAL SELIDIK ITU.
BORANG ITU HENDAKLAH DIHANTAR SEMULA KEPADA PENGERUSI BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI JUMAAT INI..!!
SEKIAN, TERIMA KASIH.

KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI..

YANG MENJALANKAN TUGAS,

SITI NOR ADALILLAH BINTI SAMSUDDIN
Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi
upmkb

MEETING BLOK G

PERHATIAN KEPADA WARGA BLOK G (SISWI)


SATU PERJUMPAAN BERSAMA KETUA BLOK ANDA AKAN DIADAKAN PADA :


TARIKH : 25 JANUARI 2010

TEMPAT : BILIK TV BLOK G

MASA : 10 MALAM

KEHADIRAN ANDA, (IAITU AHLI-AHLI BLOK G)..SANGAT KAMI HARGAI..

DIHARAP ANDA AKAN MEMBERI KERJASAMA.
AGENDA MALAM INI ADALAH BERKENAAN DENGAN SUKAN UNIPUTRA YANG AKAN BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI. PEMILIHAN PEMAIN AKAN DILAKUKAN PADA MALAM INI.

SEKIAN , TERIMA KASIH.
arahan.
HASHIMA BINTI ABD HADY KAMAL
pengerusi BLOK G

Friday, January 22, 2010

PERHATIAN..!!!

PERHATIAN DAN MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENGHUNI KOLEJ SRI RAJANG

PENUKARAN TOMBOL PINTU SEMUA BILIK PENGINAPAN BLOK SISWA & SISWI, KOLEJ SRI RAJANG
Dimaklumkan bahwa pihak kontraktor luar akan menukar semua tombol pintu bilik penginapan di blok penginapan Kolej Sri Rajang bermula pada 25 Januari 2010 (Isnin) berlanjutan selama sebulan secara berperingkat-peringkat dari blok ke blok.
(Jadual kerja penukaran mengikut blok akan dimaklumkan)
Sehubungan dengan itu, memohon kerjasama dari semua pelajar supaya kerja-kerja penukaran ini dapat berjalan dengan lancar. Pihak Kolej berharap agar semua pelajar dapat membawa atau menyimpan barang-barang berharga seperti telifon bimbit, dompet, laptop atau barang berharga lain di dalam almari berkunci apabila anda keluar atau meninggalkan bilik masing-masing. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Untuk mekluman staf kolej akan serta dalam kerja-kerja tersebut bagi tujuan penyerahan kunci bilik kepada penghuni bilik bagi tombol pintu yang telah siap dipasang.
Pihak Kolej juga memberi amaran kepada mana-mana pelajar yang telah berpindah secara haram agar balik ke bilik yang telah ditetapkan kerana kunci bilik akan diberikan hanya kepada penghuni bilik asal sahaja. Untuk menggelakkan daripada dikenakan tindakan serta tidak dapat memasuki bilik sila beri kerjasama.
Harap maklum.
Sekian, terima kasih

Arahan,
PIHAK PENGURUSAN KOLEJ SRI RAJANG

MEETING BIRO

MEETING BIRO KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
Perkara : MESYUARAT KALI PERTAMA BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Saudara/i,

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa mesyuarat kali pertama Biro Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) akan diadakan seperti butiran dibawah :

TEMPAT : BILIK MESYUARAT MTM
MASA : 8.00 MALAM
TARIKH : 23 JANUARI 2010 (SABTU)
Sehubungan dengan itu, kehadiran saudara/i adalah diwajibkan pada mesyuarat tersebut dan segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
sekian harap maklum.
"BERILMU BERBAKTI"

yang menjalankan tugas,

SITI NOR ADALILLAH BINTI SAMSUDDIN
Pengerusi Biro Teknologi Maklumat Dan Komunikasi,
Majlis Tertinggi Mahasiswa,
Kolej Sri Rajang,
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan,
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

NAMA-NAMA BIRO BLOK dan AJK ICT SESI 2009/2010

1. NORFATIN BINTI SHAMSUDDIN
2.MOHD HAZWANSYAH BIN SHAHRUNZAMAN
3.NOR HAIFAA' IZZATI CHE WAIL
4. NUR AMALINA BINTI MOHAMMAD ASRI
5. SHAHFINA BINTI MOKHTAR
6. MOHD SALAHUDIN BIN LOKMAN
7. MOHD FARHAN AMIR BIN NORDIN
8. DEAN GEORGE
9. NATHANIEL MAIKOL
10. EFIRA NABILAH BINTI KHAMSAN
11. NUR FATIHAH BINTI NORDIN
12. LIM YENG YING
13. NOR HAMIZAH BINTI HUSSEIN
14. LEE LIAN YU

Sunday, January 17, 2010

apa itu APA..???




apabila ditanya apa itu "APA"..???

kita kerap kali keliru dan ada juga sesetengah pelajar yang masih kabur-kabur fasal apa itu APA.

baiklah disini saya akan menerangkan serba sedikit fasal "APA"..



SOALAN LAZIM BERKAITAN AUDIT PRESTASI AKADEMIK (APA)


1. Apa itu APA?

APA adalah Audit Prestasi Akademik (Academic Performance Audit)


2. Apakah faedah yang boleh didapati dari APA?

Dengan melaksanakan APA sesebuah instutusi akan mendapat status Swa Akreditasi.


3. Apakah Swa Akreditasi ??

Swa akreditasi adalah satu status yang melayakkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengakreditasi sendiri program pengajian tanpa perlu mendapat kelulusan MQA dan KPT dan hanya dimaklumkan sahaja kepada MQA dan KPT tertakluk kepada pemantauan berterusan dan audit institusi oleh MQA.

Walaubagaimana pun, akreditasi tersebut tidak termasuk program profesional yang masih perlu mendapat akreditasi dan pengiktirafan badan profesional yang berkaitan.


4. IPT mana yang dipilih untuk mendapatkan status Swa Akreditasi ?

Menteri Pengajian Tinggi telah mempelawa IPT memohon mendapatkan status SWA-akreditasi kepada 8 IPT iaitu:

a) Semua universiti Penyelidikan (RU) di Malaysia (UM, UKM, UPM dan USM)

b) 4 cawangan universiti luar negara Monash University Malaysia, University of Nottingham Malaysia, Curtin University of Technology, Sarawak dan Swinburne University of Technology (kampus induk di negara asal telah sedia ada status swa-akreditasi)


5. Bagaimana untuk mendapatkan status Swa Akreditasi ??

Untuk mendapatkan status Swa-akreditasi IPT mesti melepasi audit institusi (APA) berpandukan : Code Of Practice For Institutional Audit (COPIA) dengan menyediakan SELF-REVIEW PORTFOLIO (SRP).


6. Senaraikan sembilan bidang utama dalam SRP

1. Visi, Misi, Matlamat Pendidikan dan Hasil Pembelajaran

2. Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum

3. Penilaian Pelajar

4. Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan Sokongan

5. Staf Akademik

6. Sumber Pendidikan

7. Pemantauan dan Penyemakan Semula Program

8. Kepemimpinan, Urustadbir dan Pentadbiran

9. Penambahbaikan Kualiti secara Berterusan dan Total



7. Apakah Visi, Misi, Matlamat UPM?


VISI

Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa


MISI

Menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama, yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara bangsa, tetapi juga kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu sejaga.


MATLAMAT

1. Melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berusaha untuk terus maju.

2. Memperkasakan pelajar UPM dengan penguasaan kemahiran insaniah.

3. Menjadikan UPM sebagai Universiti Penyelidikan yang terkemuka.

4. Memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan pertanian. 5. Meningkatkan jalinan industri dan masyarakat.

6. Mengurus modal insan dan persekitaran kerja dengan cemerlang.

7. Memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti berteraskan amalan terbaik.

8. Menjana dan mengurus sumber kewangan universiti secara cekap dan berkesan.

9. Menjadikan universiti terhubung sepenuhnya dengan berasaskan ICT.

10. Memperkasakan UPM melalui Alumni


8. Senaraikan sembilan hasil pembelajaran KPT

1. Pengetahuan

2. Kemahiran teknikal/ praktikal/psikomotor

3. Pendekatan kemahiran berfikir dan saintifik

4. Kemahiran komunikasi

5. Kemahiran sosial dan bertanggungjawab

6. Profesionalisme, nilai, sikap dan etika

7. Pendidikan sepanjang hayat dan pengurusan informasi

8. Kemahiran pengurusan dan keusahawanan

9. Kemahiran kepemimpinan

Saturday, January 16, 2010

kembaLi bernaFas

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua warga2 UPM KAMPUS BINTULU yang menetap di KOLEJ SERI RAJANG..
saya pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa saya "mencreate" blog baru untuk MTM 2009/2010..
baiklah disini saya akan"mengexplain" mengapa dan kenapa..
sebenarnya saya ingin memberi nafas baru kepada semua warga UPM KAMPUS BINTULU ni..
dengan adanya blog yang baru ini, saya harap dapat la pelajar UPMKB ini mengetahui tentang aktiviti2 yang sedang berlaku di KAMPUS kita ini..
di dalam blog ini anda akan mengetahui tentang aktiviti yang dijalankan oleh BLOK masing-masing, aktiviti yang dijalankan oleh MTM,KSR serta UPMKB sendiri.


-BUDAK BARU BELAJAR-


(inilah barisan MTM 2009/2010, serta peserta2 program induksi 2009/2010 di DSB)


sebelum terlambat, saya dan semua MTM 2009/2010 ingin mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada MTM 2008/2009 kerana sudah berbakti kepada UPM KAMPUS BINTULU sepanjang mereka sepanjang tahun 2008/2009..
terima kasih atas segala tunjuk ajar dari mereka kepada kami,saya harap, mereka masih lagi sudi mengajar kami selaku MTM 2009/2010 ini fasal selok belok KAMPUS ini..
akhir kata dari saya..

"TANPA YANG LAMA TIADA lah YANG BARU"..
sekarang bermulalah perjuangan kami..
perjuangan harus diteruskan, sokongan dan kerjasama dari anda semua amat kami hargai..

Majlis Tertinggi Mahasiswa - Kolej Sri Rajang's Fan Box