Thursday, February 25, 2010

7 TIPS UNTUK CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

eXamination week..!!

memandangkan peperiksaan semakin hampir, saya ingin berkongsi maklumat/ tips2 bagi memudahkan anda semua dalam menempuhi peperiksaan nanti..

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.



2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.



3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.



4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.



5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.



6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.



7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

ikhlas drprd,
MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA UPMKB

Tuesday, February 23, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Islam datang sebagai satu cara hidup yang dapat menyelesaikan semua permasalahan manusia. Islam datang dengan makna-makna umum (garis global) yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Islam melihat manusia dalam sifatnya sebagai manusia dan tidak terikat dengan waktu, tempat dan keadaan. Dari makna-makna umum inilah seseorang mujtahid akan menjelaskan dengan lebih terperinci hukum-hukum tertentu. Syariat Islam meliputi seluruh perbuatan manusia; oleh itu, wajib bagi setiap muslimin untuk mengaitkan seluruh perbuatannya dengan hukum syarak serta tidak melakukan sesuatu perbuatan kecuali jika ia sesuai dengan perintah dan larangan Allah SWT.
Merayakan Maulidur Rasul tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW, begitu juga halnya para sahabat yang mulia, para tabi’in, para tabi’it tabi’in tidak pernah menyambut hari keputeraan junjungan besar SAW. Kegiatan berbentuk perayaan ini muncul di masa berikutnya, iaitu ketika waktu Fathimiyyin di Mesir yang sangat jauh masanya dari zaman Rasulullah. Dari sini, persoalan mengenai hukum menyambut perayaan ini mula timbul - apakah perbuatan ini termasuk bid’ah atau tasyabbuh (meniru orang kafir) ataupun ianya adalah merupakan satu ibadah?
Sabda Rasulullah SAW:-
"Barangsiapa yang membuat sesuatu tanpa didasari perintah dari kami maka perbuatan tersebut ditolak"
(HR Bukhari- Muslim)
Ini memberikan makna bid’ah yakni sesuatu perbuatan yang dilakukan seseorang dengan niat beribadah dan bertaqarrub kepada Allah SWT tapi tanpa didasari oleh dalil syara’. Agar ibadah dikatakan benar, maka wajib disandarkan kepada sesuatu yang diperintahkan oleh Allah. Sekiranya seseorang muslim hanya berniat taat dan ingin bertaqarrub kepada Allah tetapi dengan cara yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah maka hal ini disebut bid’ah. Adapun ada segolongan ulama’ yang mengatakan bahawa ada terdapat perbuatan yang disebut bid’ah hasanah maka perbuatan ini haruslah diletakkan dalam larangan hadis diatas yang bersifat komprehensif atau hadis-hadis yang serupa seperti sabda Rasulullah SAW:
"Setiap perbuatan bid’ah itu sesat" (HR Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad dll)
( Imam As-Syaukani - Nailul Athar Jilid 2, Hal. 89)

Dalam hal ini, kita kembalikan pertanyaan tersebut kepada orang-orang yang merayakan Maulidur Rasul. Adakah mereka melakukannya dengan niat ibadah atau tidak?
Jika kita benar-benar mengamati sambutan Maulidur Rasul yang dirayakan sejak dahulu lagi maka kita akan sampai kepada kesimpulan bahawa peringatan ini dilakukan sebagai sikap taqlid dan menyerupai orang-orang Nasrani merayakan hari Krismas bagi Isa a.s. Kebiasaan ini membangkitkan keghairahan/ semangat kaum muslimin dimasa kemunduran sehingga mereka berkata:-
"Nabi Muhammad SAW lebih utama dari Isa a.s. Mengapa mereka boleh memuliakan Isa dan kita tidak boleh memuliakan Nabi Muhammad SAW?"
Dengan analogi yang salah dan tidak berdasarkan nas ini, mereka menganggap bahawa ianya adalah baik jika diadakan. Bagi mereka yang melakukan hal ini berdasarkan analogi tersebut maka mereka telah terjerumus kedalam perbuatan yang haram. Banyak hadis sahih yang melarang tasyabbuh bil kuffar ini. Diantaranya:-
"Tidak termasuk golongan kita orang yang menyerupai bangsa lain"
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk salah seorang dari mereka" (HR Ahmad dan Muslim)
Rasulullah begitu menekankan perlunya kita berbeza dari golongan kafir sehingga orang-orang Yahudi berkata:-
"Muhammad ini tidak meninggalkan sesuatu urusan kita melainkan melakukan hal-hal yang sebaliknya"

Diantara kebiasaan kaum muslimin yang dilakukan pada perayaan Maulid adalah keluar secara berombongan dan menghias jalan atau rumah atau pejabat. Apa yang dilakukan oleh kaum Nasrani pada hari Krismas maka kaum muslimin pun mengikutinya. Ini termasuk menyerupai kaum kafir dan adalah merupakan perbuatan yang haram.
Sekiranya umat Islam ingin memuliakan Rasulullah SAW maka hendaklah ia dilakukan dengan cara yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Secara ringkasnya, terdapat 3 cara untuk kita memuliakan Rasulullah SAW:
1) Memuliakan Nabi dengan mengikuti Sunnahnya( Al-Imran : 31′ Al-Ahzab : 21)
2) Memuliakan Rasul dengan cara berpegang teguh kepada ajaran-ajarannya.
‘Telah kutinggalkan kepada kalian dua pusaka yang bila kalian berpegang teguh kepadanya nescaya kalian tidak akan tersesat sesudahku selamanya iaitu kitabullah dan Sunnahku’
3) Memuliakan Rasul dengan cara membaca selawat di setiap waktu, bukan hanya di hari Maulid (12 Rabiul Awal)

Umat Islam dizaman Rasulullah begitu berhati-hati dalam menjalankan sebarang perbuatan kerana bimbang akan melakukan bid’ah. Pernah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa para sahabat pernah bertanya :
"Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami ucapkan selawat untukmu? Maka nabi pun menjawab agar dibacakan selawat :
Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan keutamaan berselawat kepada Rasul setiap masa dan ini terpulanglah kepada pembaca untuk mencarinya. Yang jelas, perbuatan selawat sekalipun, haruslah mengikuti dalil-dalil syarak yang telah ditetapkan. Kini umat Islam terlalu berpegang kepada fatwa-fatwa yang kadangkalanya terpesong jauh dari hukum syarak dan umat Islam terlalu banyak bertaqlid membabi buta tanpa mendapat penjelasan dalil-dalilnya. Keadaan menjadi lebih parah apabila kita perhatikan realiti bahawa Islam kini wujud hanyalah sekadar memuaskan kehendak kerohanian umat tanpa kesedaran bahawa ia sebenarnya turun sebagai penyelesaian kepada seluruh permasalahan manusia.
Berbalik kepada persoalan perayaan Maulidur Rasul.
Dari penjelasan sebelumnya, dapat kita simpulkan bahawa:-
Apabila fatwa membenarkan perayaan ini didasarkan kepada dalil, maka tidak ada yang perlu dipermasalahkan lagi.
Namun begitu sekiranya kebolehan merayakan Maulid ini dipengaruhi oleh kebiasaan orang-orang kafir maka ini adalah haram.
Jika mereka melakukan atau memfatwakan boleh dengan alasan hal ini dianggap baik, maka tindakan mereka termasuk bid’ah dan telah melakukan dosa.
Sedangkan sekiranya ia dilakukan bersandar kepada nas syara’ dan berdasarkan ijtihad yang benar, maka perbuatannya termasuk umumnya ayat:
"berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
(Al Ahzab :56)

IKHLAS DARIPADA, MTM SESI 2009/2010 UPM KAMPUS BINTULU,SARAWAK

Thursday, February 18, 2010

KEPENTINGAN SUKAN DALAM KESIHATAN

Sukan merupakan salah satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.





Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan?
Terdapat beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan:
  • Saluran darah yang lancar
  • Mental dan fizikal yang cergas
  • Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas.
  • Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa
  • Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan

BIRO SUKAN & REKREASI

MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA , UPMKB

Wednesday, February 10, 2010

KARNIVAL SUKAN UNIPUTRA..!!!

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU, SARAWAK....
KARNIVAL SUKAN UNIPUTRA AKAN BERLANGSUNG PADA SEM INI..
DIHARAP SEMUA PELAJAR DAPAT MEMBERI SOKONGAN TERHADAP AKTIVITI YANG TELAH DISEDIAKAN UNTUK ANDA..
UNTUK MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEH LIHAT DI BAWAH :


TARIKH : 23 JANUARI - 21 FEBRUARI 2010

TEMPAT : SEKITAR UPMKB, SARAWAK

AKTIVITI OUTDOOR :

23 JANUARI 2010 : PIALA DEKAN EDISI KE-4 (4 P.M)
30 JANUARI 2010 : BOLA JARING (2 P.M)
30 JANUARI 2010 : TENIS (INDIVIDU) (8 P.M)
31 JANUARI 2010 : BOLA KERANJANG (8 P.M)
6 FEBRUARI 2010 : BOLA TAMPAR (7.30 P.M)
6 FEBRUARI 2010 : BADMINTON (8 P.M)
7 FEBRUARI 2010 : BOLA BALING (7.30 A.M)
19 FEBRUARI 2010 : RAGBI SENTUH 7'S (4 P.M)
20 FEBRUARI 2010 : KAYAK (7.30 P.M)
21 FEBRUARI 2010 : ACARA STADIUM


PERHATIAN : BAS DAN MAKANAN AKAN DISEDIAKAN BAGI ACARA DI STADIUM.. PELAJAR HENDAKLAH BERKUMPUL DI DATARAN BLOK C PADA JAM 6 PAGI..!!

BAZAAR PUTRA JUGA AKAN TURUT DIBUKA DI STADIUM..

SUKAN TERAS PERPADUAN,
BERSAMALAH KITA MEMERIAHKANNYA....

ANJURAN : BIRO SUKAN DAN REKREASI
MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA.
DENGAN KERJASAMA BHEP DAN
KOLEJ SERI RAJANG UPMKB, SARAWAK.

Majlis Tertinggi Mahasiswa - Kolej Sri Rajang's Fan Box