Thursday, April 29, 2010

Tips Membaca Dengan Pantas..


1. Lihat Dahulu Isi Kandungan Buku Yang Ingin Dibaca
- gunakn utk mendapatkn idea ttg buku tersebut
- buat analisis ringkas sama ada buku itu mempunyai kaitan dgn minat atau tidak. Anda akn mengenalpasti semua itu dgn meneliti topik dan sub topik yg ada pd muka hadapan buku itu.

2. Baca Serumpun Perkataan Bukan Satu Perkataan
-Bacalah perkataan-perkataan yg utama & baca sekali imbas sahaja perkataan-perkataan yg tidak penting dlm bentuk serumpun. Ini akn dpt membantu mempercepatkn bacaan anda.

3. Membelek Semula Bacaan Anda
- Kenal pasti semula adakah anda telah menemui apa yang anda inginkan
- Semasa proses proses ini, mungkin anda akan mendapat maklumat-maklumat baru atau isi-isi penting yang mungkin tertinggal semasa membaca tadi.

4. Buang Tabiat Suka Mengungkapkan Perkataan Semasa Membaca
- Jika anda ingin membaca dgn pantas, anda harus berhenti melakukan tabiat ini.
- Amalkan membaca dalam hati dan dengan tenang.

5. Bayangkan Apa Yang Anda Baca
- Memahami susunan dan bentuk penulisan bahan bacaan tersebut.

6. Timbulkan Persoalan-Persoalan Awal Sebelum Membaca
- Ajukan soalan pada diri sendiri contohnya apakah jenis buku ini? apakah konsep yg ingin diperkenalkan? bagaimana ia boleh membantu anda?
- Persoalan ini akan menarik minat anda utk mengetahui isi sebenar buku yg ingin dibaca disamping memudahkan anda membaca dengan pantas.

7. Buat Ujikaji Keberkesanan Bacaan Anda
- Lakukan bacaan pantas sekali dan bacaan biasa utk kali kedua.
- Bandingkan maklumat yg telah anda perolehi. Adakah mempunyai byk perbezaan? Adakah anda telah tertinggal isi-isi penting.
- Dengan membuat perbandingan anda dpt mengetahui kelemahan dan kekurangan yg ada ketika proses membaca.

SAYA HARAP TIPS2 INI DAPAT MEMBANTU ANDA SEMASA PROSES PEMBACAAN..!!

MTM09/2010

Monday, April 12, 2010

STRATEGI MENEMPUHI FINAL EXAM...!!!

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG
Peperiksaan penting memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka. Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan. Artikel di Laman-MAP ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan ruhani. Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........ "AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif..

PERSEDIAAN FIZIKAL
KESIHATAN
Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:
  1. Tidur yang cukup.
Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
2. Jaga pemakanan.
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

3.Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.
PERSEDIAAN MENTAL
Pelbagai Gambaran Negatif
Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
1.Menyerah kalah sebelum berjuang
Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

2. Merasa belum bersedia Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar.
Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran.
3.Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi
  • Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak.
  • Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh.
  • Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.
4.Berfikiran Positif
Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya. Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda.
Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.
Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:
"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".
"Something is better than nothing"
Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.
"If you can't see it, you can't have it".
Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu

Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah:

1. Duduk dikerusi anda dengan selesa, tangan diletakkan diatas peha, badan tidak bersandar dan tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

2. Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

3. Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

4. Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit.
Buka mata anda, dan pejam kembali dan ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

5. Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

jangan buang masa
dalam suasana peperiksaan semakin hampir, anda perlu gunakan setiap masa yang terluang untuk mengulangkaji. sekiranya masa yang terluang tidak sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatih mengeluarkan maklumat. ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada diri anda sendiri. lakarkan apa yang anda tahu pada sehelai kertas.
aktiviti sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika dalam peperiksaan kelak.
bagi menggelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu2 sesi mengulangkaji..!!

SELAMAT BERJAYA MENEMPUHI FINAL EXAM...!!

MTM 2009/2010

Majlis Tertinggi Mahasiswa - Kolej Sri Rajang's Fan Box