Saturday, May 1, 2010

SELAMAT BERCUTI...




Terlebih dahulu Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM SESI 2009/2010) Kolej Sri Rajang ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada semua rakan mahasiswa. Semoga melalui cuti semester kali ini akan memberikan motivasi kembali kepada rakan-rakan mahasiswa sekiranya perjalanan semester kali ini agak kurang memberangsangkan..
Masa yang telah berlalu telah menjadi sejarah hidup, masa yang mendatang akan merencanakan hala tuju hidup anda. Sama ada kegembiraan atau tangisan yang akan menemui anda kelak, semuanya bergantung kepada bagaimana anda manfaatkan masa anda..
Sungguh indah kata-kata hikmah Arab, " Masa itu ibarat pedang. Sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu." Ungkapan ini menerangkan seolah-olah akibat buruk akan menimpa seseorang yang tidak tahu menggunakan masanya. isikanlah masa lapang dengan perkara yang bermanfaat untuk anda pada masa akan datang. Jangan disia-siakan baki cuti yang masih ada..
Harus diingatkan, masa depan anda untuk menggapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang bermula dari sekarang. Masa sentiasa berjalan, masa tidak pernah berehat dan masa tidak pernah menunggu kita. Sama ada kegembiraan atau tangisan yang akan menemui anda kelak, semuanya bergantung kepada bagaimana anda manfaatkan masa anda. Ingat ! Masa adalah masa depan anda.
seLamat beRcuti..!!
IKHLAS DRPD :
Tajlis Tertinggi Mahasiswa (MTM SESI 2009/2010) UPMKB

Majlis Tertinggi Mahasiswa - Kolej Sri Rajang's Fan Box