Tuesday, November 9, 2010

Semoga Berjaya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya pasti semua pelajar UPMKB sedang bertungkus lumus membaca nota,
jadi saya nak ucapkan selamat berusaha dan terus berusaha untuk semua pelajar UPMKB, saya harap anda faham apa yang anda baca dan anda boleh aplikasikanya semasa menjawab soalan nanti..
disini saya nak berkongsi tips bagaimana untuk mengawal stress sepanjang minggu final exam nie,
tapi anda juga boleh mengaplikasikanya walaupun bukan minggu peperiksaan..


1. Tidur Yang Mencukupi Adalah Penawar

Tidur yang mencukupi merehatkan badan serta otak. Nabi Muhammad bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang membaca istighfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari-Muslim)

Kajian menunjukkan, seseorang yang tidur 3-4 jam kurang dari kadarnya yang biasa akan mengalami tekanan atau stress dan ini akan melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikannya mudah dijangkiti kuman. Penemuan ini dilaporkan di dalam majalah perubatan Lancet pada bulan Oktober, 1999.


2. Buat latihan

Buatlah persiapan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti menghabiskan sukatan pelajaran, mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.


3. Jangan bincang soalan itu semula selepas exam

Biasanya apabila tamat satu-satu kertas peperiksaan dan kebetulan anda tidak dapat menjawab dengan baik maka...janganlah terlalu memikirkannya agar tidak menjejaskan kertas-kertas peperiksaan berikutnya.


Masih tertekan/ panik ketika berada didalam dewan peperiksaan???

Sekiranya kamu rasa diri kamu mulai panik , cuba buat perkara-perkara berikut untuk mengurangkan ketegangan dan perasaan bimbang :

  • Hentikan apa juga yang sedang kamu lakukan buat seketika .
  • Beritahu diri kamu supaya bertenang dan berehat .
  • Tarik nafas panjang dengan perlahan-lahan , kemudian lepaskan ; ulangi beberapa kali .
  • Ingatlah sesuatu yang indah sewaktu menarik nafas panjang. (tapi jangan ambil masa yang lama pula)


SELAMAT MENCUBA...!!

2 comments:

  1. Visit various attractive location related to edu-tourism in UPM.
    More info at https://sciencepark.upm.edu.my/edu_park-2606

    ReplyDelete
  2. Ingin dapatkan pelbagai produk hasil teknologi UPM
    https://sciencepark.upm.edu.my/upm_products-3525

    ReplyDelete

Majlis Tertinggi Mahasiswa - Kolej Sri Rajang's Fan Box