Friday, January 22, 2010

PERHATIAN..!!!

PERHATIAN DAN MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENGHUNI KOLEJ SRI RAJANG

PENUKARAN TOMBOL PINTU SEMUA BILIK PENGINAPAN BLOK SISWA & SISWI, KOLEJ SRI RAJANG
Dimaklumkan bahwa pihak kontraktor luar akan menukar semua tombol pintu bilik penginapan di blok penginapan Kolej Sri Rajang bermula pada 25 Januari 2010 (Isnin) berlanjutan selama sebulan secara berperingkat-peringkat dari blok ke blok.
(Jadual kerja penukaran mengikut blok akan dimaklumkan)
Sehubungan dengan itu, memohon kerjasama dari semua pelajar supaya kerja-kerja penukaran ini dapat berjalan dengan lancar. Pihak Kolej berharap agar semua pelajar dapat membawa atau menyimpan barang-barang berharga seperti telifon bimbit, dompet, laptop atau barang berharga lain di dalam almari berkunci apabila anda keluar atau meninggalkan bilik masing-masing. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Untuk mekluman staf kolej akan serta dalam kerja-kerja tersebut bagi tujuan penyerahan kunci bilik kepada penghuni bilik bagi tombol pintu yang telah siap dipasang.
Pihak Kolej juga memberi amaran kepada mana-mana pelajar yang telah berpindah secara haram agar balik ke bilik yang telah ditetapkan kerana kunci bilik akan diberikan hanya kepada penghuni bilik asal sahaja. Untuk menggelakkan daripada dikenakan tindakan serta tidak dapat memasuki bilik sila beri kerjasama.
Harap maklum.
Sekian, terima kasih

Arahan,
PIHAK PENGURUSAN KOLEJ SRI RAJANG

No comments:

Post a Comment

Majlis Tertinggi Mahasiswa - Kolej Sri Rajang's Fan Box