Wednesday, August 18, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR



Assalamualaikum Wrt. Wbt..
Sukacita dimaklumkan bahawa atas sumbangan kaum muslimin & muslimat (staf UPMKB dan orang luar) yang pemurah, maka pihak Jawatankuasa Pusat Islam, FSPM, UPMKB ingin memaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa (Makanan Berat) akan diadakan di Pusat Islam UPMKB setiap hari mulai 18 Ogos 2010 (Rabu) sehingga 24 Ogos 2010 (Selasa).
Semua staf dan pelajar UPMKB dijemput untuk sama-sama berbuka puasa di Pusat Islam UPMKB pada hari-hari tersebut. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengenai Majlis Berbuka Puasa bagi hari-hari seterusnya.
Sekian, harap maklum.

puan Najihah binti Abdul Mutalib
timbalan pengerusi
J/K Pusat Islam, FSPM, UPMKB Sarawak.


No comments:

Post a Comment

Majlis Tertinggi Mahasiswa - Kolej Sri Rajang's Fan Box