Monday, August 2, 2010

TAKLIMAT PENERANGAN TABUNG & PEMBUKAAN KAUNTER ASMI

Assalamualaikum Dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa, ASM Investment Services Berhad, anak syarikat Amanah Saham Mara Berhad yang dimiliki sempenuhnya oleh MARA akan mengadakan sesi taklimat penerangan tabung kepada staf UPMKB seperti butiran berikut:
Tarikh : 5 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 - 9.00 pagi
Tempat : Dewan Taklimat, Bangunan Pentadbiran
Disamping itu, ASM Investment juga akan akan mengadakan pembukaan kaunter ASM bermula jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari.
Sedikit maklumat mengenai ASM:
1. Tawaran perlindungan insuran PERCUMA sehingga RM200,000.00 kepada bakal pelabur.
2. Tawaran faedah-faedah pelaburan seperti dividen tahunan, perkembangan modal Dan faedah pertukaran tabung yang ditawarkan oleh ASM.
3. Pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa Dan terbuka kepada semua kaum untuk melabur.
Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk hadir ke taklimat seperti di atas. Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
b.p. Pemangku Ketua Pentadbiran
Lilytahnani Binti Rijela
Setiausaha Pejabat
Pejabat Pentadbiran
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
UPMKB
Tel : 086-855207
Fax : 086-855260

No comments:

Post a Comment

Majlis Tertinggi Mahasiswa - Kolej Sri Rajang's Fan Box